Showing posts with label musthafa masyhur. Show all posts
Showing posts with label musthafa masyhur. Show all posts

0 Da’wah Fardiyah, Syaikh Musthafa Masyhur

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajiban setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana  umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud:  “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

 

Download ebook da'wah fardiyah bahasa Malaysia di sini.

Read more

0 Jalan Dakwah : Syaikh Musthafa Masyhur

image Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi.  Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.

Bertitik tolak dari kesedaran tanggungjawab terhadap para pemuda Islam ini, saya pun mula menulis rencana-rencana mengenai Fiqh ad-Dakwah. Ini merupakan rencana yang pertama diterbitkan dalam Majalah Ad-Dakwah, Bilangan  (7) yang terbit pada awal Muharram tahun 1397 Hijriah, bersamaan dengan Disember 1976. Rencana terakhir terbit di muka 21 dalam bilangan (29) yang terbit pada awal Zulkaedah tahun 1393 Hijriah bersamaan dengan Oktober 1978. Sewaktu saya menulis rencana-rencana ini, saya sering menemui para pemuda Islam supaya saya dapat mendengar dari mereka dan mereka dapat mendengar dari saya. Supaya saya dapat mengetahui apa yang berlegar di fikiran mereka yang penuh dengan pelbagai idea dan konsep serta gambaran terhadap amal (usaha) dan harakah. Kemudian  saya mengambilnya untuk dibersihkan (tazkiyah) atau diperbetulkan berpandukan pengalaman yang  telah saya perolehi sepanjang penglibatan saya di dalam dakwah. Saya tidak berani mengaku yang saya terpelihara dari kesalahan, tetapi saya sentiasa mengadap kepada Allah s.w.t. ketika menulis rencana ini supaya Dia memberi hidayah menepati apa yang benar dan menjauhkan saya dari kegelinciran dan menjadikan kerja ini ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata.

 

Selengkapnya download bahasa malaysia

Read more

Delete this element to display blogger navbar

 
© 2010 Perpustakaan Pribadi is proudly powered by Blogger